11 February 2014

Kad Kahwin Done!

Assalamualaikum semua,
Last week dah settle dewan,doorgift and kad kahwin. So, lepas ni boleh la tidur malam dengan lena. Hihi. Hamboiii overrr sangat ayat. Wee. Tapi betul la. Saya rasa lega sangat sangat sangatttt. Lepas ni kalau balik rumah on weekend sekali sekala tak adala banyak benda yang nak kena settlekan kan?

Kad kahwin saya tempah dekat hentian kajang je sebab dekat dengan rumah. So, senang nak pergi ambik nanti. Hehe. Padahal sebab masa nak pergi buat kad hari tu kitorang dah malas nak survey kedai lain and pergi jauh2. Dua2 pun malas nak buat research. Cukupla research fyp hari tu. Hihi. Semalam orang tu pun dah email me draf kad kahwin. Correction pun dah buat. Now, my mom request nak hold dulu tak bagi printing sekarang sebab takut ada perubahan or any correction yang baru ternampak. (apakah ayat ni tunggang terbalik. Wehuu.) So, dalam bulan 4 nanti boleh la suruh diorang start printing.

Current mood : nervous sebab result exam keluar next week. Huhu.
Thanks for reading this entry guys. Goodbye.

04 February 2014

Dewan and Doorgift

Assalamualaikum and hi semua,
Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Cuti sem tinggal lagi 4 minggu je. Sobs3x =( Somehow i feel so much better than masa exam week dulu sebab most of the important things dah setel. Betul la orang kata, kalau niat kita nak dirikan masjid tu betul and ikhlas insyaAllah He will ease us and everything will going smooth je. Alhamdulillah walaupun ada sedikit kesulitan pasal tempat which is nak buat kat umah or dewan, tp saya manage settle all those things before start new sem ni. At least tak ada la saya pening kepala fikir pasal dewan semua. Hihi. Semua mcm cepat je. Pasal dewan and doorgift saya settle on the same day. 

Since my wedding will be held right after final of my final exam (which means could be my last exam for degree insyaAllah), so i'll only have less than 20 days to make final touch up for my big day. Disebabkan tak nak pening2 kepala sendiri and susahkan my mom prepare doorgift sorang2, so we decided nak tempah je. Mula2 lagi i memang dah suggest kat my mom nak bagi bahulu ready made siap dengan kotak sekali. Tp my mom macam berat hati sikit nak setuju. Tapi after i explain all the reasons baru my mom macam setuju and terus ajak saya and my dad terjah terus Banting sebab nak rasa sendiri bahulu tu baru decide ok ke tak. 

Oh i order bahulu with kak nita yang sangat la friendly. Even kitorang main terjah je rumah dia,dia layan kitorang baik sangat. Walaupun baru 1st time jumpa and tak pernah kenal,rasa macam dah lame kenal (ni my mom yang kata. Hihi.) Saya dapat nombor kak nita ni pun dari my other half. Dia yang google and order untuk doorgift majlis belah dia. Saya pun gedik nak jugak tapi i chose different flavour. Haha. Sebenarnye sebab malas dah nak cari lain. Tapi seriously bahulu kak nita ni memang sedap and moist. Siap sekali dengan kotak and tali boleh tulis nama kita. Kak nita ni pun ada ambil tempahan seluruh Malaysia tau uolls. So, mana2 b2b yang tengah pening kepala nak bagi apa untuk doorgift bolehla order bahulu super moist ni dengan kak nita. :)

Settle bayar deposit untuk doorgift, me,my mom and dad settle kan deposit untuk dewan pulak. Cuma later saya kena call balik PIC confirmkan warna tema dewan. 

Done. This week my other half dapat cuti. So, kitorang plan nak tempah kad. Ye. Saya tahu macam awal sangat. Tapi kena jugak siapkan awal2 sebab once saya dah stat sem baru and duduk puncak alam tu memang susah la nak keluar mana2 settlekan kerja kahwin. 
Till then,
Bye. Gudnite. Assalamualaikum.

30 January 2014

Hunting Cadar Pengantin

Assalamualaikum semua,
Happy holiday sebab tahun baru cina. Hihi. Besttt sebab my mom cuti. So pagi2 tadi lagi my mom dah kejot ajak pergi KL nak beli cadar pengantin. Terkezut iolls taw. Huhu. Sebab ingatkan my mom nak support untuk kenduri je macam katering,dewan etc. Pasal bilik pengantin, cadar and benda2 kecik ingatkan saya kena pakai duit sendiri. Siap dah buat bajet lagi sebab tak nak la nanti over budget kan. Nak korek duit mana pulak la kan. Hihi. Since my mom dah kata nak beli kan, ofkos la saya terima dengan hati berbunga2. Kikiki.

Went there with my mom, angkut sekali semua adik2 and along. Dah kata cuti kan. Except adik saya yang bongsu sebab kena sekolah. Hihi. My dad pun x ikut sebab nak hantar adik pergi sekolah.

So, setelah 3 jam hunting for cadar pengantin, along and adik saya yang sorang tu pun sampai 2 kali pergi kereta hantar barang. Kitorang pun balik dengan senyuman lebar puas hati walaupun dompet makin menipis dik non oii. Hoho.

Ni la dia hasil tangkapan siang tadi. Yang dua orang tu dah mula buat muka bosan. Anyway terima kasih along, terima kasih caer. Tolong angkat barang. Kikiki. :D


28 January 2014

Caterer

Assalamualaikum readers,

Now baru rajin sikit nak update progress wedding preparation. Hihi. Last Saturday saya pergi Sungai Buloh dengan siblings and cousins jumpa caterer. Penuh jugak la kereta.  Main redah je sebenarnya ni. Tak ada calling2 or apointment pun sebab tersalah call number. Haha. Saya tak perasan ada hotline number kat bawah website tu. Actually caterer ni my cousins yang suggestkan sebab last year dia kahwin pun pakai caterer ni. Pak cik, mak cik includes my parents pun puji2 je makanan masa wedding my cousins ni. Nama caterer ni Eiman Caterings



So, last Thursday saya pun google and tengok their website. Rupanya ada promosi diskaun 8% sampai 26 January. Saya pun cepat2 la call number on that website. But unfortunately, semua number tak berangkat or macam tak ada line. 3 hari saya cuba still fail. On Saturday,borak2 dengan along and along tanya, nak try walk-in? saya pun ok je la. Ini pun sebenarnya salah satu unplanned activity lah ni. Hihi. 

My sis pulak masa tu tengah keluar dengan cousins. Terus saya call sebab nak ajak dia. Sekali dengan cousin2 saya pun ikut jugak. Memang happening jugak la. Kak Sarah the PIC cantik and peramah sangatttt. Dia pun kata, suka je tengok kitorang cousins2 ni happening sebab dia kata jarang tengok orang yang rapat dengan cousins. Hihi. Well, kami memang begini sebab dari kecik sentiasa bersama, dibesarkan pun dalam environment yang sama. Proud. Hihi.Settle book tarikh for my date dekat caterer but still banyak yang pending. Especially bila kak sarah tanya majlis buat kat rumah ke dewan? Actually still tak ada final decision lagi pasal venue since ada masalah sikit pasal dewan yang my mom nak sangat tu. Later, saya cerita ye.


Yeay. One done, many more to go. 

23 January 2014

Kursus Kahwin JAKIM

Asslamualaikum uolls,

Today nak saya nak share my experience pergi kursus kahwin last week on 18 and 19 January 2014. Nama pun kursus kahwin kan, dah tentu2 la this is my first time. Hoho. I went there 2 days after my final exam is over. Ekspress tak? Haha. Haruslah ekspress sebab the next week my other half dah kena pergi Perak for his industrial attachment. So, tu je tarikh yang available. We went there together with my along since his fiance kan dekat Perlis. 

Saya join kursus kahwin dekat Putrajaya persint 9. Kursus ni diuruskan oleh En. Fauzi and Kak Ana. Further detail korang boleh tengok sini. En. Fauzi and Kak Ana ni pun ada uruskan kursus kat tempat lain jugak. Boleh refer dekat link atas.Yuran setakat ni masih RM80 termasuk makan dan sijil and setiap sorang akan dapat buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' which korang boleh refer later kalau ada apa2 kemusykilan or anything. Highly recommended sebab happening and tak mengantuk. So, boleh la fokus ye sayanggg2. Nak jadi suami soleh/isteri solehah kan. Hihi. Kalau ada slot yang mengantuk pun, dalam 1,2 slot je. Slot2 lain, penceramah semua okayy and kelakar.

with him

with along
Daa~ Entry ini habis secara tiba-tiba. Malas nak buat penutup macam karangan sekolah. Hihi.
Thanks for reading this entry. 





02 January 2014

2014

Happy New Year guys!!!

Since ramai sangat kan buat highlight untuk 2013, me pun of course tak nak kalah. Hihi. Here is my bittersweet throughout 2013.

1. Okayyy. Yang ini haruslah 1st highlight kan. Hihi. Lagipun memang moment ni pun yang berlaku dulu pada awal tahun hari tu bersamaan 3/2/2013 seminggu lepas habis final exam. Hihi. Padahal masa tu I was doing my attachment. Nasib baik la attachment dekat2 dengan rumah je. But still buat simple2 and among family je since all this happened so sudden. 

2. 2nd attachment dekat Hospital Serdang dalam bulan Mac. Bestttt. Sebab dekat dengan rumah. So, kalau tak ada apa2 nak buat terus call my dad suruh jemput. Hihi. Dapat pulak sama group dengan 2 orang kakak ni, lagi best, caringgg sangat taw. My saviours bila preceptor tanya saya tak tau nak jawab. Tenkiu kakakkkkk2. Hihi.

3. Start doing labwork for my FYP with labmate merangkap roomate. Memang hectic sangattt. Habis kelas dah lambat, buat muka terpaksa lambai housemates nak balik rumah. Kitorang pulak kena pergi animal house main dengan mice2 comel yang sedang menunggu kami itu. Hihi. Setiap hari weekend included. Nasib baik dapat jugak bertahan and completekan FYP. Kalau tak, boleh menangis air mata darah. Hoho hooooverrr sangattt. Hihi.

4. Dah complete labwork, kena betapa pulak siang malam depan laptop setel data. Lepas tu viva and defend project. Sangat mencabar sebab our viva was held at the middle of exam week. Mana nak fikir exam, fikir viva lagi. And it was during Ramadhan. Alhamdulillah thank you Allah everything went well.


But all the pain we had gone through is paid bila dapat tengok benda ni depan mata. Berharga sangat tau. Walau bukan emas. Hihi.

5. A day after final exam is over, kitorang dah kena pergi 3rd attachment pulak which is our industrial training for 6 weeks. But due to some unavoided problem we have to transfer and extend for another 2 weeks. 
*sigh


6. Complete je industrial training, I only have 2 days for my sem break. Huu. Tapi sempat pulak buat keputusan drastik pakai braces. Hihi. All this is unplanned. Tiba2 balik dari LI my mom terus ajak pergi dentist ingat kan sebab nak cuci gigi rupanya nak suruh dentist check gigi I and consult on braces. This is the new version of me. Haii. ;D

7. And after 2 years kitorang tak keluar bersama as housemates. Haipp bukan bermakna tak spend time bersama tau just kitorang lebih suka lepak sama2 dekat rumah, jimat masa, jimat duit tau. Hoho. Habis je killer subject punya test terus keluar jalan2, shopping, karaoke. But sadly sorang lagi tak dapat join. ;(


8. Okayy and this is compilation of my cousin's wedding. Hoho. 2013 sahaja ada 3 cousins saya kahwin. Susun gambar pun ikut kronologi la ye. (Ceitt siap berkronologi pulak. Haha. ) Yang first tu my cousin belah my mom kahwin on March. the other two on September and December.




9. And my last attachment of the year was in HTAR. Dapat groupmate yang best and happening jugak and partner yang sangat2 membantu also my saviour. Hihi. Thanks uolls.



10. And for the wrap up of 2013. My along's graduation day. Err..actually it's Majlis Angkat Sumpah ala2 white coat ceremony for the freshly graduate doctor-to-be. Hihi. As well as hunting for my wedding stuff after sudden decision from my parents suruh saya kahwin tahun ni jugak sekali dengan my along punya majlis bertandang. :D



Done for 2013. Hoping  for a sweet moment to share and better improved version of me this coming 2014.
Love.

27 December 2013

Jakarta-Bandung Part 2

Assalamualaikum dan hi semua,

Now proceeds to part 2 pulak. Hihi. Amaran : entri ini sangat panjang. Kalau rasa malas nak baca takpe, tak diwajibkan baca pun. Hehe. The next day, pagi-pagi lagi kitorang dah bertolak ke Bandung naik kereta sewa Pak Andrian. Since my mom dah siap-siap call hotel and bagi nama since kat Malaysia lagi, kitorang terus je menuju ke hotel. Masa tu baru pukul 9 pagi memang tak ada bilik kosong la kan sebab orang yang checkout hari ni pun belum checkout lagi. So, orang hotel suruh kitorang tinggalkan barang-barang and beg-beg dekat bilik simpanan diorang. Agak ragu-ragu la jugak kan sebab takut barang hilang. Lagipun barang along punya la banyak dengan laptop dia lagi. So, my mom suruh seal zip beg-beg tu dengan cable tie. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang hilang. Lepas dah simpang barang tu, kitorang terus ke Pasar Baru. Yeay. Destinasi yang ditunggu-tungu. Hee.

 Oh. Kitorang menginap di Hotel Kenangan. Hotel bajet sahaja. Tapi memang sangat dekat dengan Pasar Baru. Kalau naik kereta macam jauh sikit sebab kena pusing since jalan kat situ banyak one way. Tapi jalan kaki dalam 5-10 minit je sebab kita boleh naik jejantas untuk cross landasan keretapi. Hihi. Tapi memandangkan trip kali ni ada my mom and my aunt, kami kena consider la sikit. So, kitorang pergi dengan Pak Andrian. Balik naik beca. Fuh. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seingat saya itula 1st time saya naik beca. Padahal kat Malaysia pun ada je beca kan. Tapi mungkin susah sikit la nak jumpa. Hee.


Sampai Pasar Baru, Pak Andrian drop kitorang kat basement level 2 rasanya. Saya pun tak pasti. Tapi, masuk-masuk je memang terus nampak kedai kain. Haha. Terus saya excited. Tapi my mom kata better naik atas dulu and round sampai bawah. Terus tahap keterujaan saya menurun. Tapi kejap je la. Bila dah sampai level atas tu, nampak kasut, beg etc. teruja la balik. Haha. Dah nama pun perempuan.

To cut short, before ke sini saya memang dah buat research and survey harga kain untuk buat baju kahwin ni dekat blog-blog b2b. Ada jugak yang suggest beberapa kedai yang ok. Tapi, saya tak tahu lah kenapa masa hari tu, bila my mom masuk je kedai yang 1st tu kitorang memang terus beli. Tak survey dulu dah harga kat kedai lain. Mungkin dah rezeki orang kedai tu. Think positive. Hihi. Since saya tak tanya pun harga kain kat kedai lain, so saya tak tahu lah kain baju nikah saya ni dikira murah, mahal or berpatutan. Tapi, overall kualiti kain dia memang saya suka.

Nama kedai tu Bandung Exclusive Textile. Saya beli kain tulle warna peach 3 meter which saya isytiharkan itu adalah lace. Haha. And untuk lining dalam saya pilih prada kosong warna off white 3 meter. Saya macam ragu-ragu jugak cukup ke 3 meter untuk buat ala-ala jubah/dress? Tapi orang kedai tu kata cukup je sebab badan saya tak ada la besar sangat. Haha. Lagipun kain tu bidang 60. Ok. Untuk kain baju melayu saya pilih prada jugak tapi dia macam ada pattern sikit. Since kain tu pun bidang 60, 4 meter pun dah cukup. Setahu saya kalau nak buat baju melayu kain bidang 45 better ambil 4.5 meter. But still bergantung jugak pada saiz badan ye. Hihi. Lepas tu singgah kedai lagi satu beli border lace warna light turquoise yang ada 10 baris tu dengan harga 17 ribu rupiah. So, saya beli 1 meter je dapat la 10 meter border lace.
Yang ni kain tulle and prada for nikah.
Border lace 10 baris.
 Benda-benda lain yang saya beli, tshirt untuk sedara-mara and kawan-kawan. Harga kat situ semua standard offer 5 helai 100 ribu rupiah dalam RM 27 macam tu. Beli 10 helai percuma 1. So, kitorang borong 15 helai je dapat la percuma 1 helai. My mom, me, sempat la jugak grab kasut sorang sepasang, my sis dapat 2 pasang and my mom belikan capal sepasang untuk my dad. Total 620 ribu rupiah untuk 2nd kedai itupun selepas tawar-menawar and saya kata buat pecah telur bisnes diorang sebab baru bukak kedai. Hihi. Telekong kat sana pun murah-murah and cantik. Saya tak beli pun telekong untuk hantaran sebab masa bulan 5 hari tu my other half pergi Jakarta and beli kat sana. So, kat sini saya just beli telekong untuk my mom, my future MIL, and for my friend yang tolong saya jawabkan online test untuk saya masa before pergi Jumaat hari tu, huhu. My sis pun beli telekong untuk emak boyfriend dia. Dapat telekong cotton lace ke (lupa nama kain tu). Orang kedai tu kata yang tu design terbaru sekali dengan beg. Harga 170 ribu rupiah tapi dapat kurang 160 ribu je. Orang tu kedekut sikit la. Untuk telekong kawan saya, saya beli yang kain cotton bersulam harga 90 ribu rupiah dapat kurang 85 ribu rupiah.


Dinner @ Katrika Sari foodcourt level 2.
Ni masa dekat airport before nak check in. 
Lepas tu kitorang pergi solat dekat rooftop and makan dekat foodcourt. Petang sambung shopping lagi. This time dapat grab beg, kain pasang sulam, keychain, etc. Balik hotel naik beca dapat 35 ribu rupiah. Malam kitorang pergi makan dekat Kartika Sari. Kitorang pergi jalan kaki je dalam 5 minit dari hotel. Esok tu pukul 9 dah bertolak ke airport sebab flight pukul 11.30 pagi. Overall puas hati la jugak sebab dapat kain untuk baju nikah saya. Yeay. Hee. =) 

25 December 2013

Jakarta-Bandung part 1

Assalamualaikum readers.

It looks like my mood to update entry is quite at satisfactory level la kan. 1 entri seminggu. Not bad la kan? Haha. I just went back from Jakarta and Bandung last Monday. It was 4 days 3 nights trip but still seriously it is not long enough trip. I went there with my mom, sis, aunt and cousin. We stayed at Mediterranean Residence Apartment (something like that. sorry. can’t really remember the name. haha.) Actually we went there to attend Majlis Pelantikan & Angkat Sumpah along saya dekat Jakarta. But end up, saya dengan my mom je yang attend majlis pagi sabtu tu. The rest headed first to Tanah Abang. Tak sabar nak shopping katanya. Haha. 

muka bahagia flight delay. haha. boleh la pergi makan dulu.
Congratulations
& celebrations...

 After settle majlis pelantikan tu around 1 pm, lunch disediakan. Hidangan buffet.So, pilih la nak makan apa pun yang disediakan. Mostly menu dia standard lauk kat Malaysia jgk. Saya ambil nasi putih, fillet ikan dengan sos, ayam black pepper. Ada 2 pilihan air. 1 warna hijau and 1 lagi warna oren. Saya agak yang oren tu mesti fresh orange. So,saya pun ambil air warna hijau. Bajet-bajet kiwi juice la kan. Sekali xtau la apa rasa dia. Macam air timun je. Tapi memang pekat la juice dia. Lepas tu untuk dessert saya ambil es apa entah nama dia. Lupe la. Haha. After lunch baru saya dengan my mom join the rest shopping kat Tanah Abang. But along tak ikut sebab dia kena uruskan sijil ijazah dia yang tak dapat lagi. Al maklumlah esoknya dah nak bertolak ke Bandung and dari Bandung he will come back Malaysia for goods kan. So, kena la settle semua sekali petang tu jugak.

Saya dengan my mom pergi Tanah Abang naik teksi bluebird. Kalau kat Indonesia ni memang ramai suggest naik teksi ni sebab dia pakai meter. Kalau teksi lain biasanya suka menipu. So, hati-hati ye. Oh ye. Kalau di sana diorang panggil taksi bukan teksi. Hee. So, from our apartment to Tanah Abang kami naik teksi lebih kurang 30 minit kot tambang dalam 40 000 rupiah.

Bila sampai je Tanah Abang I was soooo excited la kan. Nak shopping and cari anything for my wedding macam kain etc. But bila masuk je dalam tu, I was so sad because mostly kedai dah nak tutup padahal masa tu belum pukul 4 pun lagi. Rupanya along kata memang kedai-kedai kat sana kol 4 or 5 dah tutup. Sebab diorang pagi-pagi pukul 8 or 9 dah buka. So end up I tak dapat beli apa-apa pun for my wedding. My mom ada la beli sikit-sikit. My mom kata takpe la esok pagi-pagi kita shopping kat Bandung plak. Hee. Lepas tu we went to foodcourt tingkat 8(kot) to meet up with my sis, aunt and cousin yang dah puas shopping dari pagi tu. Kitorang makan kat foodcourt tu and then terus turun bawah tunggu teksi bluebird jugak. Hee. Masa balik tu kitorang kene cas 45 000 rupiah sebab kitorang tunggu teksi at opposite side. So teksi tu kena u-turn balik. Sebab tu cas lebih sikit. Wehuu.

Pergi Tanah Abang dapat isi perut je. Wuu.
Malam lepas maghrib, along pun sampai and ajak saya teman dia ambil beg dan barang-barang dia kat umah sewa dia sebab esok pagi-pagi dah nak bertolak ke Bandung. But, before tu kitorang order makan kat restoran and beli air dekat mart bawah apartment tu. Siap ade delivery service lagi taw. Hee. Sempat jugak saya dengan along singgah kedai kek beli pudding to celebrate my sis punya birthday.

Malam tu memang kena tidur awal la sebab nak bangun awal pagi bertolak ke Bandung kan. Saya rasa memang that is the best way la sebab kat sana memang sentiasa macet(jammed). kalau awal pagi tu kurang la sikit. So, perjalanan dari Jakarta ke Bandung ambil masa dalam 3 jam lebih. Kami bertolak pukul 5.30 pagi and sampai dekat pukul 9. Along yang settle kan semua urusan dengan supir kami, Pak Andrian. Memang before ni pun, kalau apa-apa along selalu deal dengan Pak Andrian ni. Senang. Dia pun dah kenal 1 family kitorang.

to be continued.....
  

18 December 2013

the beginning

Assalamualaikum readers.

To start with, saya pun tak tahu betul ke ni saya nak sambung blogging?betul ke?betul ke?wehuuu. Actually, me forth and back jugak masa decide whether to start blogging again or not. Banyak juga fikir, boleh ke saya continuously blogging?rajin ke nak update?kalau nak blogging balik, nak start all over again buat blog baru ke or just sambung blog yang dah lama terbengkalai ni?hihihi. So, setelah penat bermonolog sendiri, i’ve decided to start blogging again. Here we go.

To share on my experience, preparing for my wedding with b2b out there (if ada yang nak saya share la.huhuhu), I just use this old blog of mine with different name. Rasa mcm dah lebih 2 tahun x buat entry. My last entry was on 25 November 2011 which is during my 1st year degree. But now dah final year degree dah pun. Haha. Nampak tak di situ betapa blog ini telah lama dianak tiri kan oleh saya. Hee. My roommate pun pernah suggest ‘Ika, update la blog. Pastu nanti mesti orang terkejut. Last entri update masa 1st year, tetiba update dah final year.’ Masa tu I just laughed tak terkata apa2. But then, saya terfikir2 balik macam interesting jugak kan kalau dapat share my experience throughout preparation for my big day. Mana la tahu nanti2 dah tua, baca balik blog sendiri pasal preparation dengan Mr. Husband boleh la feeling2 honeymoon macam orang baru lepas kahwin. Hihihi. Lagipun, before ni memang saya banyak bloggwalking blog2 b2b and ex-b2b to do some research for my big day. Dah kata pun 1st time nak kahwin kan. Harus la buat research sebab tak ada pengalaman and tak tahu apa2. Nak2 pulak any of my siblings tak ada lagi yang dah married. jadi, memang la knowledge pasal wedding2 ni zero. So, bila saya baca experience b2b lain share their experience rasa macam seronok and terfikir why not I do the same? Kalau tak ada orang nak baca pun, I don’t mind sebab blog ini adalah sekadar suka2 and for my personal satisfaction only.

Since today, 18/12/2013 my mom dah discuss and confirm kan tarikh dengan family my other half, saya pun ambil kesempatan, kita guna tarikh ni jugak la untuk start blogging on my journey towards my big day ye. Boleh macam tu? Huhuhu.

Tarikh for my big day telah di decide sendiri oleh my mom and my future MIL setelah berdiskusi bersama. Huhuhu. Bila tarikhnya? Yang tu saya reveal nanti. Hihi. By the way, my big day will be held together with kenduri bertandang for my brother. Since dua2 plan nak kahwin tahun yang sama, my bro awal tahun, me akhir tahun, my mom kata baik buat sekali majlis. Kalau buat 2 majlis, jemputan, saudara mara mesti la orang yang sama je. So my mom suggests pertengahan tahun masa cuti sekolah. Tapi disebabkan kena consider beberapa perkara lain, so tak berapa nak tengah tahun sangat pun la. Hee.


For now, cukup la sampai sini as introduction eh. Boleh ke macam tu?. Any other update will be updated dari masa ke semasa (if rajin). Haha. Tak janji tau ni. =)

25 November 2011

currently in no mood..
urghhhh......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...