27 December 2013

Jakarta-Bandung Part 2

Assalamualaikum dan hi semua,

Now proceeds to part 2 pulak. Hihi. Amaran : entri ini sangat panjang. Kalau rasa malas nak baca takpe, tak diwajibkan baca pun. Hehe. The next day, pagi-pagi lagi kitorang dah bertolak ke Bandung naik kereta sewa Pak Andrian. Since my mom dah siap-siap call hotel and bagi nama since kat Malaysia lagi, kitorang terus je menuju ke hotel. Masa tu baru pukul 9 pagi memang tak ada bilik kosong la kan sebab orang yang checkout hari ni pun belum checkout lagi. So, orang hotel suruh kitorang tinggalkan barang-barang and beg-beg dekat bilik simpanan diorang. Agak ragu-ragu la jugak kan sebab takut barang hilang. Lagipun barang along punya la banyak dengan laptop dia lagi. So, my mom suruh seal zip beg-beg tu dengan cable tie. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang hilang. Lepas dah simpang barang tu, kitorang terus ke Pasar Baru. Yeay. Destinasi yang ditunggu-tungu. Hee.

 Oh. Kitorang menginap di Hotel Kenangan. Hotel bajet sahaja. Tapi memang sangat dekat dengan Pasar Baru. Kalau naik kereta macam jauh sikit sebab kena pusing since jalan kat situ banyak one way. Tapi jalan kaki dalam 5-10 minit je sebab kita boleh naik jejantas untuk cross landasan keretapi. Hihi. Tapi memandangkan trip kali ni ada my mom and my aunt, kami kena consider la sikit. So, kitorang pergi dengan Pak Andrian. Balik naik beca. Fuh. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seingat saya itula 1st time saya naik beca. Padahal kat Malaysia pun ada je beca kan. Tapi mungkin susah sikit la nak jumpa. Hee.


Sampai Pasar Baru, Pak Andrian drop kitorang kat basement level 2 rasanya. Saya pun tak pasti. Tapi, masuk-masuk je memang terus nampak kedai kain. Haha. Terus saya excited. Tapi my mom kata better naik atas dulu and round sampai bawah. Terus tahap keterujaan saya menurun. Tapi kejap je la. Bila dah sampai level atas tu, nampak kasut, beg etc. teruja la balik. Haha. Dah nama pun perempuan.

To cut short, before ke sini saya memang dah buat research and survey harga kain untuk buat baju kahwin ni dekat blog-blog b2b. Ada jugak yang suggest beberapa kedai yang ok. Tapi, saya tak tahu lah kenapa masa hari tu, bila my mom masuk je kedai yang 1st tu kitorang memang terus beli. Tak survey dulu dah harga kat kedai lain. Mungkin dah rezeki orang kedai tu. Think positive. Hihi. Since saya tak tanya pun harga kain kat kedai lain, so saya tak tahu lah kain baju nikah saya ni dikira murah, mahal or berpatutan. Tapi, overall kualiti kain dia memang saya suka.

Nama kedai tu Bandung Exclusive Textile. Saya beli kain tulle warna peach 3 meter which saya isytiharkan itu adalah lace. Haha. And untuk lining dalam saya pilih prada kosong warna off white 3 meter. Saya macam ragu-ragu jugak cukup ke 3 meter untuk buat ala-ala jubah/dress? Tapi orang kedai tu kata cukup je sebab badan saya tak ada la besar sangat. Haha. Lagipun kain tu bidang 60. Ok. Untuk kain baju melayu saya pilih prada jugak tapi dia macam ada pattern sikit. Since kain tu pun bidang 60, 4 meter pun dah cukup. Setahu saya kalau nak buat baju melayu kain bidang 45 better ambil 4.5 meter. But still bergantung jugak pada saiz badan ye. Hihi. Lepas tu singgah kedai lagi satu beli border lace warna light turquoise yang ada 10 baris tu dengan harga 17 ribu rupiah. So, saya beli 1 meter je dapat la 10 meter border lace.
Yang ni kain tulle and prada for nikah.
Border lace 10 baris.
 Benda-benda lain yang saya beli, tshirt untuk sedara-mara and kawan-kawan. Harga kat situ semua standard offer 5 helai 100 ribu rupiah dalam RM 27 macam tu. Beli 10 helai percuma 1. So, kitorang borong 15 helai je dapat la percuma 1 helai. My mom, me, sempat la jugak grab kasut sorang sepasang, my sis dapat 2 pasang and my mom belikan capal sepasang untuk my dad. Total 620 ribu rupiah untuk 2nd kedai itupun selepas tawar-menawar and saya kata buat pecah telur bisnes diorang sebab baru bukak kedai. Hihi. Telekong kat sana pun murah-murah and cantik. Saya tak beli pun telekong untuk hantaran sebab masa bulan 5 hari tu my other half pergi Jakarta and beli kat sana. So, kat sini saya just beli telekong untuk my mom, my future MIL, and for my friend yang tolong saya jawabkan online test untuk saya masa before pergi Jumaat hari tu, huhu. My sis pun beli telekong untuk emak boyfriend dia. Dapat telekong cotton lace ke (lupa nama kain tu). Orang kedai tu kata yang tu design terbaru sekali dengan beg. Harga 170 ribu rupiah tapi dapat kurang 160 ribu je. Orang tu kedekut sikit la. Untuk telekong kawan saya, saya beli yang kain cotton bersulam harga 90 ribu rupiah dapat kurang 85 ribu rupiah.


Dinner @ Katrika Sari foodcourt level 2.
Ni masa dekat airport before nak check in. 
Lepas tu kitorang pergi solat dekat rooftop and makan dekat foodcourt. Petang sambung shopping lagi. This time dapat grab beg, kain pasang sulam, keychain, etc. Balik hotel naik beca dapat 35 ribu rupiah. Malam kitorang pergi makan dekat Kartika Sari. Kitorang pergi jalan kaki je dalam 5 minit dari hotel. Esok tu pukul 9 dah bertolak ke airport sebab flight pukul 11.30 pagi. Overall puas hati la jugak sebab dapat kain untuk baju nikah saya. Yeay. Hee. =) 

25 December 2013

Jakarta-Bandung part 1

Assalamualaikum readers.

It looks like my mood to update entry is quite at satisfactory level la kan. 1 entri seminggu. Not bad la kan? Haha. I just went back from Jakarta and Bandung last Monday. It was 4 days 3 nights trip but still seriously it is not long enough trip. I went there with my mom, sis, aunt and cousin. We stayed at Mediterranean Residence Apartment (something like that. sorry. can’t really remember the name. haha.) Actually we went there to attend Majlis Pelantikan & Angkat Sumpah along saya dekat Jakarta. But end up, saya dengan my mom je yang attend majlis pagi sabtu tu. The rest headed first to Tanah Abang. Tak sabar nak shopping katanya. Haha. 

muka bahagia flight delay. haha. boleh la pergi makan dulu.
Congratulations
& celebrations...

 After settle majlis pelantikan tu around 1 pm, lunch disediakan. Hidangan buffet.So, pilih la nak makan apa pun yang disediakan. Mostly menu dia standard lauk kat Malaysia jgk. Saya ambil nasi putih, fillet ikan dengan sos, ayam black pepper. Ada 2 pilihan air. 1 warna hijau and 1 lagi warna oren. Saya agak yang oren tu mesti fresh orange. So,saya pun ambil air warna hijau. Bajet-bajet kiwi juice la kan. Sekali xtau la apa rasa dia. Macam air timun je. Tapi memang pekat la juice dia. Lepas tu untuk dessert saya ambil es apa entah nama dia. Lupe la. Haha. After lunch baru saya dengan my mom join the rest shopping kat Tanah Abang. But along tak ikut sebab dia kena uruskan sijil ijazah dia yang tak dapat lagi. Al maklumlah esoknya dah nak bertolak ke Bandung and dari Bandung he will come back Malaysia for goods kan. So, kena la settle semua sekali petang tu jugak.

Saya dengan my mom pergi Tanah Abang naik teksi bluebird. Kalau kat Indonesia ni memang ramai suggest naik teksi ni sebab dia pakai meter. Kalau teksi lain biasanya suka menipu. So, hati-hati ye. Oh ye. Kalau di sana diorang panggil taksi bukan teksi. Hee. So, from our apartment to Tanah Abang kami naik teksi lebih kurang 30 minit kot tambang dalam 40 000 rupiah.

Bila sampai je Tanah Abang I was soooo excited la kan. Nak shopping and cari anything for my wedding macam kain etc. But bila masuk je dalam tu, I was so sad because mostly kedai dah nak tutup padahal masa tu belum pukul 4 pun lagi. Rupanya along kata memang kedai-kedai kat sana kol 4 or 5 dah tutup. Sebab diorang pagi-pagi pukul 8 or 9 dah buka. So end up I tak dapat beli apa-apa pun for my wedding. My mom ada la beli sikit-sikit. My mom kata takpe la esok pagi-pagi kita shopping kat Bandung plak. Hee. Lepas tu we went to foodcourt tingkat 8(kot) to meet up with my sis, aunt and cousin yang dah puas shopping dari pagi tu. Kitorang makan kat foodcourt tu and then terus turun bawah tunggu teksi bluebird jugak. Hee. Masa balik tu kitorang kene cas 45 000 rupiah sebab kitorang tunggu teksi at opposite side. So teksi tu kena u-turn balik. Sebab tu cas lebih sikit. Wehuu.

Pergi Tanah Abang dapat isi perut je. Wuu.
Malam lepas maghrib, along pun sampai and ajak saya teman dia ambil beg dan barang-barang dia kat umah sewa dia sebab esok pagi-pagi dah nak bertolak ke Bandung. But, before tu kitorang order makan kat restoran and beli air dekat mart bawah apartment tu. Siap ade delivery service lagi taw. Hee. Sempat jugak saya dengan along singgah kedai kek beli pudding to celebrate my sis punya birthday.

Malam tu memang kena tidur awal la sebab nak bangun awal pagi bertolak ke Bandung kan. Saya rasa memang that is the best way la sebab kat sana memang sentiasa macet(jammed). kalau awal pagi tu kurang la sikit. So, perjalanan dari Jakarta ke Bandung ambil masa dalam 3 jam lebih. Kami bertolak pukul 5.30 pagi and sampai dekat pukul 9. Along yang settle kan semua urusan dengan supir kami, Pak Andrian. Memang before ni pun, kalau apa-apa along selalu deal dengan Pak Andrian ni. Senang. Dia pun dah kenal 1 family kitorang.

to be continued.....
  

18 December 2013

the beginning

Assalamualaikum readers.

To start with, saya pun tak tahu betul ke ni saya nak sambung blogging?betul ke?betul ke?wehuuu. Actually, me forth and back jugak masa decide whether to start blogging again or not. Banyak juga fikir, boleh ke saya continuously blogging?rajin ke nak update?kalau nak blogging balik, nak start all over again buat blog baru ke or just sambung blog yang dah lama terbengkalai ni?hihihi. So, setelah penat bermonolog sendiri, i’ve decided to start blogging again. Here we go.

To share on my experience, preparing for my wedding with b2b out there (if ada yang nak saya share la.huhuhu), I just use this old blog of mine with different name. Rasa mcm dah lebih 2 tahun x buat entry. My last entry was on 25 November 2011 which is during my 1st year degree. But now dah final year degree dah pun. Haha. Nampak tak di situ betapa blog ini telah lama dianak tiri kan oleh saya. Hee. My roommate pun pernah suggest ‘Ika, update la blog. Pastu nanti mesti orang terkejut. Last entri update masa 1st year, tetiba update dah final year.’ Masa tu I just laughed tak terkata apa2. But then, saya terfikir2 balik macam interesting jugak kan kalau dapat share my experience throughout preparation for my big day. Mana la tahu nanti2 dah tua, baca balik blog sendiri pasal preparation dengan Mr. Husband boleh la feeling2 honeymoon macam orang baru lepas kahwin. Hihihi. Lagipun, before ni memang saya banyak bloggwalking blog2 b2b and ex-b2b to do some research for my big day. Dah kata pun 1st time nak kahwin kan. Harus la buat research sebab tak ada pengalaman and tak tahu apa2. Nak2 pulak any of my siblings tak ada lagi yang dah married. jadi, memang la knowledge pasal wedding2 ni zero. So, bila saya baca experience b2b lain share their experience rasa macam seronok and terfikir why not I do the same? Kalau tak ada orang nak baca pun, I don’t mind sebab blog ini adalah sekadar suka2 and for my personal satisfaction only.

Since today, 18/12/2013 my mom dah discuss and confirm kan tarikh dengan family my other half, saya pun ambil kesempatan, kita guna tarikh ni jugak la untuk start blogging on my journey towards my big day ye. Boleh macam tu? Huhuhu.

Tarikh for my big day telah di decide sendiri oleh my mom and my future MIL setelah berdiskusi bersama. Huhuhu. Bila tarikhnya? Yang tu saya reveal nanti. Hihi. By the way, my big day will be held together with kenduri bertandang for my brother. Since dua2 plan nak kahwin tahun yang sama, my bro awal tahun, me akhir tahun, my mom kata baik buat sekali majlis. Kalau buat 2 majlis, jemputan, saudara mara mesti la orang yang sama je. So my mom suggests pertengahan tahun masa cuti sekolah. Tapi disebabkan kena consider beberapa perkara lain, so tak berapa nak tengah tahun sangat pun la. Hee.


For now, cukup la sampai sini as introduction eh. Boleh ke macam tu?. Any other update will be updated dari masa ke semasa (if rajin). Haha. Tak janji tau ni. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...